Thursday, October 8, 2009

Gelagat Akif Dan Tiqa Bersama Sepupunya

Cucu-Cucu Hjh.Marajiah

Akif, Fahd, Tiqa, Syami dan Kak Shasya

Akif, Fahd, Tiqa, Syami dan Kak Lia

Akif, Tiqa dan sepupunya bergambar semasa buat BBQ sempena raya. Gembira rasanya dapat berkumpul ramai2 sempena hari raya 2009.

Gambar Raya 2009


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Thursday, August 13, 2009

Baju Tidur & Topi Baru

Assalamualaikum....semalam zie dapat mms daripada my husband, gambar akif dan tiqa dapat baju tidur dan topi baru....papa dia orang yang belikan. Punyala seronok, siap posing lagi...pakai baju dan topi baru. Biasala setiap malam zie akan sembang dulu dengan papa, akif dan tiqa melalui telepon sebelum tidur, untuk menghilangkan rasa rindu.....nila dugaan terpaksa kami tempuh, terpaksa berjauhan antara satu dengan yang lain. Papa, Akif dan Tiqa kat lahad datu, zie pula kat semporna. Kalau dah bertelepon tu mesti berbual panjang, time tula akif mesti mengadu pasal tiqa suka gaduh dengan abang dia. Buat masa ni, papa terpaksala ambik peranan zie sebagai seorang mama untuk memantau akif dan tiqa....cian papa. Apa boleh buat, demi masa depan kami sekeluarga....terpaksala berkorban.


Posing Sakit Pinggang Ke Abang Dan Tiqa Ni..



Wah Hensomnya Abang Akif Pakai Topi

Tiqa Pula Comelnya

Comelnya Anak Mama Ni....

Saturday, August 8, 2009

1st Time Pergi Library

Birthday Abg Akif & Adik Tiqa

abang akif dan hadiahnya
tiqa dan hadiahnya


antara hidangan yang di sediakan

kek akif dan tiqa











Assalamualaikum semua... hari ni baru ada masa nak update blog akif-tiqa ni, tu pun akak ipar zie suruh update, cian blog ni dah lama tak update. Ni zie upload gambar-gambar time sambut birthday akif dan tiqa pada 4hb julai 2009 yang lepas. Sebenarnya pada 4hb julai tu adalah tarikh lahir abang akif, tapi memandangkan birthday tiqa tak pernah sambut secara besar-besaran, buatla juga sekali....punyala seronok akif dan tiqa dapat hadiah...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, ramai juga keluarga yang hadir ke majlis sambutan birthday akif dan tiqa. Terima kasih pada akak ipar zie, kak murni dan kak suraidah yang masak pada hari tu... antara juadah yang di sediakan mee goreng, roti jala, ikan masak masam-manis, ketam, roti gulung dan banyak lagi...









Tuesday, May 19, 2009

Birthday Tiqa Ke-3 Tahun





16hb Mei 2009, hari sabtu yang lalu adalah birthday tiqa yang ke 3 tahun...mama pula hari sabtu pagi tu ada sekolah ganti untuk menyambut "Hari Guru"...ciannya tiqa, mama dan papa tak dapat nak prepare tuk birthday dia. Tak rancang nak selebrate pun...tapi papa pon mama beritahu nak sambut birthday dia, jadi kitaorang rancang nak sambut kat kunak, papa, abang akif, tiqa dan kakak len dari lahad datu ke kunak, mama pula dengan nenek dari semporna ke kunak...petang tu baru kitaorang sampai.
Papa dah siap beli kek dari lahad datu, tapi tak di sengajakan time papa belok nak keluar dari kawasan rumah kat kunak, kek tiqa terjatuh...rosakla ckit kek tu...tiqa punyala marah kat papa dia, dia cakap kat papa dia kenapa tak baik2 bawa kereta, sampai kek dia jatuh...hampanya tiqa.

Bila mama sampai dari semporna, dia terus lapor kat mama, kek dia jatuh sebab papa tak baik2 bawa kereta. Bila malam, time nak potong kek pula, nenek tiqa tanya kenapa tak potong kek lagi, tiqa cakap tak payahla potong, rosak dah kek dia...buangla tiqa cakap....dia nak minta ganti baru...kesiannya tiqa...tapi dia tetap potong juga kek dia.. budak2 sekarang ni seronok sangat bila nak sambut birthday.

Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil