Sekarang ni, zie terpaksa berjauhan dengan keluarga demi tugas dan tanggungjawab yang di amanatkan kepada zie...akif dan tiqa sekarang tak tinggal dengan zie, mereka tinggal bersama papa mereka di lahad datu. Terpaksala berkorban demi masa depan kami sekeluarga...akif tak dapat tukar sekolah kerana sekolah cina di semporna telah penuh dan tak dapat menampung permintaan untuk akif berpindah ke semporna....sedihnya. Tiqa pula belum bersekolah tapi zie tak sampai hati nak bawa bersama dan pisahkan dengan abang dia, takut abang dia tak de kawan kat rumah, nanti boring pula dia.
Tak pelah, nanti kalau semuanya dah berjalan dengan lancar dapatla kami berkumpul dan tinggal serumah kembali. Lagipun, semporna-lahad datu bukan la jauh sangat cuma makan masa 2 jam perjalanan dan lebih kurang 168 km. Ada masa sabtu dan ahad atau cuti sekolah, zie balikla ke lahad datu atau papa, akif dan tiqa balik ke semporna.
Oklah setakat di sini dahulu, ada masa zie cerita pula pengalaman pertama zie sebagai seorang guru yang mengajar di pulau....ok c ya....
No comments:
Post a Comment