Wednesday, November 26, 2008

Gaji RM 20.00


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?

Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. (Amin menundukkan mukanya). Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...



Moral: Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada di hati kita.. Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita. Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Lu Fikirlah Sendiri Nabil... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Balik Kampung Part 3 (Last)

Ni pula aktiviti minum air kelapa pandan, sebelum balik ke kunak sempat lagi kita org minum air kelapa pandan...papa yang jadi mangsa kena belah semua kelapa pandan tu....

"Emmm..dadap nya air kelapa ni, dadap dari air Eron" (Oren)

Ni papa kena belah buah kelapa ni nak makan isinya pula, isinya pun sedap...

Budak2 ni suka sangat minum sebab air kelapa pandan ni manis...tengoklah gelagat akif, tiqa dan pakciknya mamat...

Akif tengah tunggu giliran ni nak kena suap isi kelapa pandan oleh papa.....tak sabar tengok pakciknya makan dulu....

"Kapa abis ni...Cika minum ka?"

Pakcik mamat tengah tunggu kelapanya kena belah nak makan isinya pula...
Siapa lagi mau....
tiqa makan laa...hhhmmm...

Inilah pengalaman budak2 ni time balik kampung....best tengok gelagat diaorang ni...yalah budak2 ni waktu macam nilah baru dapat seronok2, lebih2 lagi akif dan tiqa seronok sangat dapat jumpa oyang, nenek, atuk, makcik, pakcik dan sepupu2 nya. Kalau mama dan papa sibuk asyik duduk kat rumah jela...tengok tv...boring la..kalau sekali sekala balik kampung mesti seronok...budak2 ni..lepas je habis makan kitaorang pun balik ke kunak dan malam tu terus balik ke lahad datu sebab esok papa n mama dah start keja...















Tuesday, November 25, 2008

Balik Kampung Part 2

Antara aktiviti masa balik kampung...ambik buah rambutan...sekarang ni musim rambutan, mama dan papa tolong makcik Diah pergi kait buah rambutan, hah tengok tu papa tengah kait dan mama pula tolong kutip....penatnya lah dahla panas...banyak semut api pula tu....apa boleh buat nak makan punya pasal...

Makcik Diah dan adik sepupu, sama2 tolong kutip buah rambutan ni.

Hah nilah hasilnya....sampai dapat 3 plastik besar tu....



Balik Kampung Part 1


Sempat ambik gambar dulu sebelum nak jalan balik ke Semporna...Tapi tiqa mana???

Sebelum ni tiqa menangis, sebab tak sempat ambik gambar ramai2, bila dah ambik gambar tengok tangan tiqa tu.. Peace!!! hehehe.....
Sampai je kat Semporna, singgah dulu makan aiskrim dan ABC Special....akif dan pakcik mamat nampak mcm kembar tp nilah pakcik dia, adik mama yang bongsu...sedap pulak tgk diaorg makan seleranye...
Tiqa ni suka main2 je bila makan aiskrim...
Ini Ira sepupu belah mama
Ini pula kak Iqa

Sabtu lepas, kitaorg balik kampung, cuti hujung minggu, maklumla minggu lepas sibuk sangat...jadi minggu ni balik la ke kunak...time kat kunak pula nenek akif dan tiqa ni ajak pula balik semporna tapi kejap je...

Akif Gunting Rambut

Hari khamis yang lalu, akif gunting rambut, panjang dah rambut dia..biasanya papa bawa akif pergi saloon rambut...tapi mood papa bagus hari tu rajin pula gunting rambut akif time tu...mula2 akif excited nak gunting rambut lama2 rimas pulak, tidak tahan gatal...tiqa pula sibuk nak ambik gambar ngan abangnya..




Monday, November 17, 2008

Dua Hari Yang Menyibukkan

Pada hari sabtu dan ahad lepas, zie sibuk sangat sebab kakak ipar zie, kak murni sekeluarga datang ke lahad datu atas urusan kerja, sebab abang adli suaminya mendapat tawaran mengajar membuat laman web di lahad datu ni. Yalah zaman dah semakin maju, orang perlu memahirkan diri dalam bidang IT sekarang ni kalau tidak jauhla ketinggalan...Pada hari sabtu tu kira2 pukul 12 tengah hari, kak murni ambik zie kat rumah teman kan dia jalan2, kita orang pergila ke shopping complex Emporium Ramai2, sampai kat sana complex tu tengah sale gila2, setengah barang dijual dengan harga Rm10 sahaja, sampai kat tingkat 2, kita orang nampak seluar jeans dengan harga cuma rm10 sahaja...punyala teruja, zie beli 3 helai, kak murni beli 3 helai dan 1 helai untuk kakak ipar zie yang seorang lagi tu kak suraidah, siap pon pesan suruh belikan untuk dia 2 helai tapi takde saizla kak....walaupun seluar jeans tu takla berjenama mahal tapi yang penting seluar tu selesa di pakai.. tak guna juga beli seluar jeans mahal2 tapi tak selesa nak pakai, buang duit jer..betul tak..

Malam tu kita orang keluar makan, kawan abang adli yang belanja makan kat D'Amir's Cafe, kat cafe ni yang istimewa sangat adalah sup tulangnya...memang sedap giler...siap ambik gambar lg kat cafe tu memang cantik, pandai tuan punya cafe tu deko dia punya cafe, kitaorg tanya upah orang ke deko dia cakap dia yang deko sendiri...cuba tengok antara gambar yang zie ambik kat cafe dia ni cantik tak....









Akif Dan Tiqa Cuci Basikal



Petang jumaat lepas balik dari kerja, papa terus cuci kereta, kotor sangat sebab hari tu hujan. Mula2 papa jak yang cuci kereta dia, lepas tu akif dan tiqa pula nak cuci basikal diaorang, sibukla nak juga ikut cuci basikal, tunjuk rajin ke atau nak sangat main air kat luar....abang cuci basikal tiqa, tiqa pula cuci basikal abang...yang mama pula sibuk ambik gambar diaorang tengah cuci basikal...pandai anak mama, jaga kebersihan...


Thursday, November 13, 2008

Tiqa Baru Bangun Tido


Kemarin petang mama baru balik dari office, tiqa baru bangun tido, mama ketawa besar tengok gaya dan fesyen rambut dia...terus mama ambik gambar...tengokla anak mama seorang ni dengan rambut serabut dan pakai stokin panjang..inilah trend fesyen terkini dari tiqa...heheheh








Wednesday, November 12, 2008

Gambar Kenangan Di Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.


Nak tahu serba sedikit tentang Simpang Mengayau ni, boleh layari http://www.mysabah.com/tip-of-borneo/
Gambar Akif ni masa umur 2 tahun 3 bulan, akif menangis takut sebab angin kuat sangat masa ni.
Ni semuanya sepupu akif, masa ni tiqa masih umur 3 bulan...tiqa tinggal tak ikut.

Antara anggota keluarga yg pergi ke kudat, ni pun sebab sepupu khawin dengan orang kudat, sambil tu jalan2 ke simpang mengayau ni.






Monday, November 10, 2008

Gelagat Akif Dan Sepupunya Faad Asrafi



Akif Dan Faad tengah makan ABC kat gerai makan di tawau....


Friday, November 7, 2008

Tiqa Pakai Tudung Syria Mama


Tengok tiqa comelnya pakai tudung syria yang mama baru beli kat blog http://rayyanoutlet.blogspot.com/ sebenarnya tudung ni mama beli untuk mama pakai tapi tiqa pula excited nak pakai dulu...

Sunday, November 2, 2008

Gelagat Akif Dan Tiqa Tengah Makan




Gambar ni ambik time tengah makan malam, tengok tu gelagat diaorang tengah makan, comotnya. Ni makan sendiri ni, biasanya kena suap, mama suruh belajar makan sendiri...



Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil