Tuesday, May 19, 2009

Birthday Tiqa Ke-3 Tahun





16hb Mei 2009, hari sabtu yang lalu adalah birthday tiqa yang ke 3 tahun...mama pula hari sabtu pagi tu ada sekolah ganti untuk menyambut "Hari Guru"...ciannya tiqa, mama dan papa tak dapat nak prepare tuk birthday dia. Tak rancang nak selebrate pun...tapi papa pon mama beritahu nak sambut birthday dia, jadi kitaorang rancang nak sambut kat kunak, papa, abang akif, tiqa dan kakak len dari lahad datu ke kunak, mama pula dengan nenek dari semporna ke kunak...petang tu baru kitaorang sampai.
Papa dah siap beli kek dari lahad datu, tapi tak di sengajakan time papa belok nak keluar dari kawasan rumah kat kunak, kek tiqa terjatuh...rosakla ckit kek tu...tiqa punyala marah kat papa dia, dia cakap kat papa dia kenapa tak baik2 bawa kereta, sampai kek dia jatuh...hampanya tiqa.

Bila mama sampai dari semporna, dia terus lapor kat mama, kek dia jatuh sebab papa tak baik2 bawa kereta. Bila malam, time nak potong kek pula, nenek tiqa tanya kenapa tak potong kek lagi, tiqa cakap tak payahla potong, rosak dah kek dia...buangla tiqa cakap....dia nak minta ganti baru...kesiannya tiqa...tapi dia tetap potong juga kek dia.. budak2 sekarang ni seronok sangat bila nak sambut birthday.

Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil