Friday, October 31, 2008

Kesiannya Tiqa Sakit Perut Cirit Birit


Kesian tiqa, start semalam mama baru perasan yg tiqa cirit birit...first tercium bau busuk dalam kereta pakcik bacho....rupanya tiqa berak dalam diaper dia..semalam keluar pergi beli minyak masak tak perasan dah habis time nak masak baru perasan..so pergila beli....papa pula tak de kat umah pergi tawau ada urusan..sampai umah mama tanya kakak len bila lagi tiqa start cirit birit..rupanya pagi kemarin lg...entahla tiba2 pula tiqa cirit birit tak tau apa yg dia tersalah makan.....kesiannya anak mama.



Semalam pula tiqa meragam tak boleh tido, mengadu sakit perut minta ubatkan perut dia, mama pun tak cukup tido gara2 tiqa sakit perut semalam...pagi ni sempat jg papa ambil gambar tiqa tido sambil tertonggeng-tonggeng sampai macam tu sekali terlelap sendiri sebab semalam meragam sakit perut...mama pun tak sedar dah jam berapa terlelap...tiqa kalau dah sakit susah ckit bab takut makan ubat, pagi tadi sebelum nak pergi keja mama bagi tiqa minum ubat dulu...abang akif tolong pegangkan kaki tiqa kakak len pula pegang tangan dan badan tiqa...susah betulla tiqa ni bila nak baik klu mcm ni takut minum ubat...

Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil