Friday, December 12, 2008

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum semua...

Lama dah zie tak update blog akif-tiqa ni...dah masuk 2 minggu...
bukan apa zie sibuk kebelakangan ni dan ada masalah dalaman sikit yang belum lagi dapat zie selesaikan lagi...harap2 masalah zie ni boleh selesai dengan baik insyaallah...

Ok ni cerita zie pada 29hb 11 yang lepas...kakak ipar zie (kak suraidah) yang kerja kat perpustakaan semporna tu ajak pergi majlis perpisahan kawan sepejabatnya, majlis tu diaorang buat kat luar, depan pintu masuk library tu...masa tu kami bertiga je pergi, husband dan anak2 tinggal kat rumah...bukan tak nak bawa abang kesayangan dah diaorang ada hal masing2 kami jela yang pergi. Nilah masanya kaum ibu2 pula nak seronok2 heheheh....jamuan tu ada buat karaoke sekali...apa lagi tanpa membuang masa zie ambik peluangla berkaraoke...lama dah tak tunjukan bakat..mula2 kita orang mencekik dulu yalah lapar belum makan lagi time kat umah...lepas makan tu barula kita orang menyanyi berkaraoke tunjukan bakat terpendam...heheheh lama jg berkaraoke nak dekat nak balik baru berhenti sekitar jam 10 malam la macam tu... tapi masa berkaraoke tu zie lupa nak ambik gambar...dah habis baru ingat... asyik sangat berkaraoke lupala nak ambik gambar...

Antara staff yang hadir ke majlis jamuan tu

Antara juadah yang di sediakan simple je

Zie dan kak suraidah

Zie dan kak murni

Nila kakak ipar zie yang vogue, yang sporting giler...sama je saiz kan, nilah bila nak kurus pun zie tak tau tgh tunggu zie belikan ubat kuruskan badan dulu ni.....husband dia orang pun sama je saiz heheheheh.....jangan marah nanti kena jual.......peace


Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil