Monday, November 17, 2008

Dua Hari Yang Menyibukkan

Pada hari sabtu dan ahad lepas, zie sibuk sangat sebab kakak ipar zie, kak murni sekeluarga datang ke lahad datu atas urusan kerja, sebab abang adli suaminya mendapat tawaran mengajar membuat laman web di lahad datu ni. Yalah zaman dah semakin maju, orang perlu memahirkan diri dalam bidang IT sekarang ni kalau tidak jauhla ketinggalan...Pada hari sabtu tu kira2 pukul 12 tengah hari, kak murni ambik zie kat rumah teman kan dia jalan2, kita orang pergila ke shopping complex Emporium Ramai2, sampai kat sana complex tu tengah sale gila2, setengah barang dijual dengan harga Rm10 sahaja, sampai kat tingkat 2, kita orang nampak seluar jeans dengan harga cuma rm10 sahaja...punyala teruja, zie beli 3 helai, kak murni beli 3 helai dan 1 helai untuk kakak ipar zie yang seorang lagi tu kak suraidah, siap pon pesan suruh belikan untuk dia 2 helai tapi takde saizla kak....walaupun seluar jeans tu takla berjenama mahal tapi yang penting seluar tu selesa di pakai.. tak guna juga beli seluar jeans mahal2 tapi tak selesa nak pakai, buang duit jer..betul tak..

Malam tu kita orang keluar makan, kawan abang adli yang belanja makan kat D'Amir's Cafe, kat cafe ni yang istimewa sangat adalah sup tulangnya...memang sedap giler...siap ambik gambar lg kat cafe tu memang cantik, pandai tuan punya cafe tu deko dia punya cafe, kitaorg tanya upah orang ke deko dia cakap dia yang deko sendiri...cuba tengok antara gambar yang zie ambik kat cafe dia ni cantik tak....









Akif Dan Tiqa Cuci Basikal



Petang jumaat lepas balik dari kerja, papa terus cuci kereta, kotor sangat sebab hari tu hujan. Mula2 papa jak yang cuci kereta dia, lepas tu akif dan tiqa pula nak cuci basikal diaorang, sibukla nak juga ikut cuci basikal, tunjuk rajin ke atau nak sangat main air kat luar....abang cuci basikal tiqa, tiqa pula cuci basikal abang...yang mama pula sibuk ambik gambar diaorang tengah cuci basikal...pandai anak mama, jaga kebersihan...


Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil