Monday, December 22, 2008

Tiqa Rambut Baru

Assalamualaikum semua....

Semalam pergi salon rambut, gunting rambut tiqa dan akif, sekarang tiqa dah rambut baru... rambut tiqa pendek dah sekarang ni....nilah pertama kali tiqa potong rambut belakang selalunya mama potong rambut depan je kalau dah panjang, takut masuk mata pula...kalau ikutkan memang sayang nak potong rambut tiqa sebab dah panjang.... tapi memandangkan tiqa ni kuat berpeluh dan tak suka ikat rambut maka mama dan papa ambil keputusan untuk potong rambut tiqa... nanti bila dah besar dah pandai urus sendiri rambut dia barula simpan rambut panjang.... lagipun kalau tiqa rambut panjang nampak kurus sangat muka dia....


Tiqa dalam proses potong rambut..duduk diam je..nasib baik dia mahu, tengok tu rambut dia dah panjang sampai badan

Tiqa senyum je rambut dia kena potong

Dah siap sebelah kena potong tinggal sebelah je lagi...

Tarahhhhhh.....nila muka tiqa terbaru...
alamak rambut depan tu terlalu pendek la pula kena potong

Monday, December 15, 2008

Belanja Makan Kat KFC

Hari sabtu pula, papa belanja pergi makan kat KFC...kalau pergi makan tiqa yang untung sebab tiqa tak memilih makanan, main entam je...tapi abang akif ni pula yang susah sikit, memilih makanan, rugila abang ni tak makan....


Emmmm...sedapnya tiqa makan ayam KFC

Akif pula makan kentang goreng je....

Nila papa dan mama akif dan tiqa

Lepas dari makan kat KFC, kami pun balik rumah, akif dan tiqa main belon kat halaman rumah....tu jelah aktiviti hujung minggu budak 2 orang ni...










Shopping...mainan

Hari jumaat lepas 12hb, papa ajak pergi shopping belanja dapur, banyak yang dah habis....so kami one family pergilah, lepas shopping barang dapur, papa ajak naik tingkat atas, tempat jual barang permainan, papa belanja akif dan tiqa beli mainan, apa lagi akif dan tiqa masing2 pilih mana yang mereka suka. Punyala main seronok dia orang ni...
Mainan yang tiqa pilih

Tengah survey mainan apa nak beli....

Abang akif pula pilih yg murah je..

Pandainya tiqa pilih mainan yang besar...

Friday, December 12, 2008

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum semua...

Lama dah zie tak update blog akif-tiqa ni...dah masuk 2 minggu...
bukan apa zie sibuk kebelakangan ni dan ada masalah dalaman sikit yang belum lagi dapat zie selesaikan lagi...harap2 masalah zie ni boleh selesai dengan baik insyaallah...

Ok ni cerita zie pada 29hb 11 yang lepas...kakak ipar zie (kak suraidah) yang kerja kat perpustakaan semporna tu ajak pergi majlis perpisahan kawan sepejabatnya, majlis tu diaorang buat kat luar, depan pintu masuk library tu...masa tu kami bertiga je pergi, husband dan anak2 tinggal kat rumah...bukan tak nak bawa abang kesayangan dah diaorang ada hal masing2 kami jela yang pergi. Nilah masanya kaum ibu2 pula nak seronok2 heheheh....jamuan tu ada buat karaoke sekali...apa lagi tanpa membuang masa zie ambik peluangla berkaraoke...lama dah tak tunjukan bakat..mula2 kita orang mencekik dulu yalah lapar belum makan lagi time kat umah...lepas makan tu barula kita orang menyanyi berkaraoke tunjukan bakat terpendam...heheheh lama jg berkaraoke nak dekat nak balik baru berhenti sekitar jam 10 malam la macam tu... tapi masa berkaraoke tu zie lupa nak ambik gambar...dah habis baru ingat... asyik sangat berkaraoke lupala nak ambik gambar...

Antara staff yang hadir ke majlis jamuan tu

Antara juadah yang di sediakan simple je

Zie dan kak suraidah

Zie dan kak murni

Nila kakak ipar zie yang vogue, yang sporting giler...sama je saiz kan, nilah bila nak kurus pun zie tak tau tgh tunggu zie belikan ubat kuruskan badan dulu ni.....husband dia orang pun sama je saiz heheheheh.....jangan marah nanti kena jual.......peace


Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil