Thursday, October 8, 2009

Gelagat Akif Dan Tiqa Bersama Sepupunya

Cucu-Cucu Hjh.Marajiah

Akif, Fahd, Tiqa, Syami dan Kak Shasya

Akif, Fahd, Tiqa, Syami dan Kak Lia

Akif, Tiqa dan sepupunya bergambar semasa buat BBQ sempena raya. Gembira rasanya dapat berkumpul ramai2 sempena hari raya 2009.

Gambar Raya 2009


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Thursday, August 13, 2009

Baju Tidur & Topi Baru

Assalamualaikum....semalam zie dapat mms daripada my husband, gambar akif dan tiqa dapat baju tidur dan topi baru....papa dia orang yang belikan. Punyala seronok, siap posing lagi...pakai baju dan topi baru. Biasala setiap malam zie akan sembang dulu dengan papa, akif dan tiqa melalui telepon sebelum tidur, untuk menghilangkan rasa rindu.....nila dugaan terpaksa kami tempuh, terpaksa berjauhan antara satu dengan yang lain. Papa, Akif dan Tiqa kat lahad datu, zie pula kat semporna. Kalau dah bertelepon tu mesti berbual panjang, time tula akif mesti mengadu pasal tiqa suka gaduh dengan abang dia. Buat masa ni, papa terpaksala ambik peranan zie sebagai seorang mama untuk memantau akif dan tiqa....cian papa. Apa boleh buat, demi masa depan kami sekeluarga....terpaksala berkorban.


Posing Sakit Pinggang Ke Abang Dan Tiqa Ni..



Wah Hensomnya Abang Akif Pakai Topi

Tiqa Pula Comelnya

Comelnya Anak Mama Ni....

Saturday, August 8, 2009

1st Time Pergi Library

Birthday Abg Akif & Adik Tiqa

abang akif dan hadiahnya
tiqa dan hadiahnya


antara hidangan yang di sediakan

kek akif dan tiqa











Assalamualaikum semua... hari ni baru ada masa nak update blog akif-tiqa ni, tu pun akak ipar zie suruh update, cian blog ni dah lama tak update. Ni zie upload gambar-gambar time sambut birthday akif dan tiqa pada 4hb julai 2009 yang lepas. Sebenarnya pada 4hb julai tu adalah tarikh lahir abang akif, tapi memandangkan birthday tiqa tak pernah sambut secara besar-besaran, buatla juga sekali....punyala seronok akif dan tiqa dapat hadiah...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, ramai juga keluarga yang hadir ke majlis sambutan birthday akif dan tiqa. Terima kasih pada akak ipar zie, kak murni dan kak suraidah yang masak pada hari tu... antara juadah yang di sediakan mee goreng, roti jala, ikan masak masam-manis, ketam, roti gulung dan banyak lagi...









Tuesday, May 19, 2009

Birthday Tiqa Ke-3 Tahun





16hb Mei 2009, hari sabtu yang lalu adalah birthday tiqa yang ke 3 tahun...mama pula hari sabtu pagi tu ada sekolah ganti untuk menyambut "Hari Guru"...ciannya tiqa, mama dan papa tak dapat nak prepare tuk birthday dia. Tak rancang nak selebrate pun...tapi papa pon mama beritahu nak sambut birthday dia, jadi kitaorang rancang nak sambut kat kunak, papa, abang akif, tiqa dan kakak len dari lahad datu ke kunak, mama pula dengan nenek dari semporna ke kunak...petang tu baru kitaorang sampai.
Papa dah siap beli kek dari lahad datu, tapi tak di sengajakan time papa belok nak keluar dari kawasan rumah kat kunak, kek tiqa terjatuh...rosakla ckit kek tu...tiqa punyala marah kat papa dia, dia cakap kat papa dia kenapa tak baik2 bawa kereta, sampai kek dia jatuh...hampanya tiqa.

Bila mama sampai dari semporna, dia terus lapor kat mama, kek dia jatuh sebab papa tak baik2 bawa kereta. Bila malam, time nak potong kek pula, nenek tiqa tanya kenapa tak potong kek lagi, tiqa cakap tak payahla potong, rosak dah kek dia...buangla tiqa cakap....dia nak minta ganti baru...kesiannya tiqa...tapi dia tetap potong juga kek dia.. budak2 sekarang ni seronok sangat bila nak sambut birthday.

Wednesday, April 22, 2009

Lama Tak Update

Assalamualaikum semua, hari ni kak ipar zie suruh zie update blog akif-tiqa ni. Lama dah tinggalkan, kesiannya.....tak de perkembangan langsung.....untuk pengetahuan semua, zie dah tak de masa nak update blog dan tak de masa online internet. Zie sekarang dah dapat tawaran untuk menjadi guru di sebuah sekolah menengah di semporna. Jadi tumpuan zie banyak di sekolah, berbanding dulu zie bekerja di pejabat dan mempunyai banyak masa untuk mengupdate blog....di harap para pengunjung setia blog akif-tiqa faham kenapa lama dah zie tak update blog....

Sekarang ni, zie terpaksa berjauhan dengan keluarga demi tugas dan tanggungjawab yang di amanatkan kepada zie...akif dan tiqa sekarang tak tinggal dengan zie, mereka tinggal bersama papa mereka di lahad datu. Terpaksala berkorban demi masa depan kami sekeluarga...akif tak dapat tukar sekolah kerana sekolah cina di semporna telah penuh dan tak dapat menampung permintaan untuk akif berpindah ke semporna....sedihnya. Tiqa pula belum bersekolah tapi zie tak sampai hati nak bawa bersama dan pisahkan dengan abang dia, takut abang dia tak de kawan kat rumah, nanti boring pula dia.

Tak pelah, nanti kalau semuanya dah berjalan dengan lancar dapatla kami berkumpul dan tinggal serumah kembali. Lagipun, semporna-lahad datu bukan la jauh sangat cuma makan masa 2 jam perjalanan dan lebih kurang 168 km. Ada masa sabtu dan ahad atau cuti sekolah, zie balikla ke lahad datu atau papa, akif dan tiqa balik ke semporna.

Oklah setakat di sini dahulu, ada masa zie cerita pula pengalaman pertama zie sebagai seorang guru yang mengajar di pulau....ok c ya....

Monday, February 9, 2009

My First Table & Chairs

Assalamualaikum semua...minggu lepas zie dan husband belikan akif dan tiqa meja belajar. Punyalah diaorang seronok dapat meja & kerusi baru...mula2 zie nampak meja ni dlm internet, harga untuk sabah & sarawak rm199.90...tapi tak boleh nak beli secara online, punyala zie hampa, zie memang dah berkenan sangat...lepas kerja tengah tunggu husband datang ambik, entah kenapa tergerak hati pula nak pergi tengok2 kat kedai hadiah kat depan office ni, tak sempat nak tanya je, zie dah nampak sama macam yang zie jumpa kat internet...zie punyalah seronok rupanya ada kat kedai ni pula...zie pun tanyala tokey tu, dia jual kat zie rm160 offer price. Zie tunggu husband dulu nak minta pendapat dia kalau ok, lepas husband tengok je apa lagi angkutla anak punya pasal... yang bestnya tu dalam dia ada 1 meja dan 2 kerusi, jadi tak berebutla, sesuaila utk anak mama dan papa 2 orang ni...



Gambar Kotak

Siap makan lagi kat meja baru diaorang excited sangat...

Inilah dia meja & kerusi akif dan tiqa selepas papa pasang...

Seronoknya tengok gelagat budak 2 ni...





Thursday, January 29, 2009

Bercuti Ke KK




Assalamualaikum... hari ni barula zie ada masa nak update blog akif dan tiqa ni...
asyik sibuk je dengan urusan pejabat sampai tak menyempat nak update...
Ni zie nak kongsi cerita dengan semua kawan2 pasal percutian kami sekeluarga ke kota kinabalu... kami pergi ke kk sekali dengan kakak ipar zie, kak suraidah sekeluarga dan dua orang adik ipar, kami konvoi dua kereta....kami bercuti ni dalam negeri jerrrr tak dela pergi luar negara... apa pun percutian kali ni memang best dan menarik, banyak jugala tempat2 yang kami pergi.... antaranya One Borneo, City Mall, Lok Kawi WildLife Park dan banyak tempat lagila... jom kita jelajah....

Dalam perjalanan kami ke kk, dua kali tiqa muntah sebab mabuk... tak biasa jalan jauh maklumla perjalanan ke kk mengambil masa 6 jam untuk sampai. Kesian tiqa tidak selesa sepanjang perjalanan... tapi akif dan sepupunya rilek je..
Disini zie upload gambar2 semasa bercuti dalam slide sebab banyak sangat...kalau nak upload satu2 banyak space nak guna...So enjoy yourself...






Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil