Thursday, October 8, 2009
Thursday, August 13, 2009
Baju Tidur & Topi Baru
Assalamualaikum....semalam zie dapat mms daripada my husband, gambar akif dan tiqa dapat baju tidur dan topi baru....papa dia orang yang belikan. Punyala seronok, siap posing lagi...pakai baju dan topi baru. Biasala setiap malam zie akan sembang dulu dengan papa, akif dan tiqa melalui telepon sebelum tidur, untuk menghilangkan rasa rindu.....nila dugaan terpaksa kami tempuh, terpaksa berjauhan antara satu dengan yang lain. Papa, Akif dan Tiqa kat lahad datu, zie pula kat semporna. Kalau dah bertelepon tu mesti berbual panjang, time tula akif mesti mengadu pasal tiqa suka gaduh dengan abang dia. Buat masa ni, papa terpaksala ambik peranan zie sebagai seorang mama untuk memantau akif dan tiqa....cian papa. Apa boleh buat, demi masa depan kami sekeluarga....terpaksala berkorban.
Saturday, August 8, 2009
Birthday Abg Akif & Adik Tiqa
antara hidangan yang di sediakan
Assalamualaikum semua... hari ni baru ada masa nak update blog akif-tiqa ni, tu pun akak ipar zie suruh update, cian blog ni dah lama tak update. Ni zie upload gambar-gambar time sambut birthday akif dan tiqa pada 4hb julai 2009 yang lepas. Sebenarnya pada 4hb julai tu adalah tarikh lahir abang akif, tapi memandangkan birthday tiqa tak pernah sambut secara besar-besaran, buatla juga sekali....punyala seronok akif dan tiqa dapat hadiah...
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, ramai juga keluarga yang hadir ke majlis sambutan birthday akif dan tiqa. Terima kasih pada akak ipar zie, kak murni dan kak suraidah yang masak pada hari tu... antara juadah yang di sediakan mee goreng, roti jala, ikan masak masam-manis, ketam, roti gulung dan banyak lagi...
Tuesday, May 19, 2009
Birthday Tiqa Ke-3 Tahun

16hb Mei 2009, hari sabtu yang lalu adalah birthday tiqa yang ke 3 tahun...mama pula hari sabtu pagi tu ada sekolah ganti untuk menyambut "Hari Guru"...ciannya tiqa, mama dan papa tak dapat nak prepare tuk birthday dia. Tak rancang nak selebrate pun...tapi papa pon mama beritahu nak sambut birthday dia, jadi kitaorang rancang nak sambut kat kunak, papa, abang akif, tiqa dan kakak len dari lahad datu ke kunak, mama pula dengan nenek dari semporna ke kunak...petang tu baru kitaorang sampai.
Papa dah siap beli kek dari lahad datu, tapi tak di sengajakan time papa belok nak keluar dari kawasan rumah kat kunak, kek tiqa terjatuh...rosakla ckit kek tu...tiqa punyala marah kat papa dia, dia cakap kat papa dia kenapa tak baik2 bawa kereta, sampai kek dia jatuh...hampanya tiqa.
Bila mama sampai dari semporna, dia terus lapor kat mama, kek dia jatuh sebab papa tak baik2 bawa kereta. Bila malam, time nak potong kek pula, nenek tiqa tanya kenapa tak potong kek lagi, tiqa cakap tak payahla potong, rosak dah kek dia...buangla tiqa cakap....dia nak minta ganti baru...kesiannya tiqa...tapi dia tetap potong juga kek dia.. budak2 sekarang ni seronok sangat bila nak sambut birthday.
Wednesday, April 22, 2009
Lama Tak Update
Assalamualaikum semua, hari ni kak ipar zie suruh zie update blog akif-tiqa ni. Lama dah tinggalkan, kesiannya.....tak de perkembangan langsung.....untuk pengetahuan semua, zie dah tak de masa nak update blog dan tak de masa online internet. Zie sekarang dah dapat tawaran untuk menjadi guru di sebuah sekolah menengah di semporna. Jadi tumpuan zie banyak di sekolah, berbanding dulu zie bekerja di pejabat dan mempunyai banyak masa untuk mengupdate blog....di harap para pengunjung setia blog akif-tiqa faham kenapa lama dah zie tak update blog....
Sekarang ni, zie terpaksa berjauhan dengan keluarga demi tugas dan tanggungjawab yang di amanatkan kepada zie...akif dan tiqa sekarang tak tinggal dengan zie, mereka tinggal bersama papa mereka di lahad datu. Terpaksala berkorban demi masa depan kami sekeluarga...akif tak dapat tukar sekolah kerana sekolah cina di semporna telah penuh dan tak dapat menampung permintaan untuk akif berpindah ke semporna....sedihnya. Tiqa pula belum bersekolah tapi zie tak sampai hati nak bawa bersama dan pisahkan dengan abang dia, takut abang dia tak de kawan kat rumah, nanti boring pula dia.
Tak pelah, nanti kalau semuanya dah berjalan dengan lancar dapatla kami berkumpul dan tinggal serumah kembali. Lagipun, semporna-lahad datu bukan la jauh sangat cuma makan masa 2 jam perjalanan dan lebih kurang 168 km. Ada masa sabtu dan ahad atau cuti sekolah, zie balikla ke lahad datu atau papa, akif dan tiqa balik ke semporna.
Oklah setakat di sini dahulu, ada masa zie cerita pula pengalaman pertama zie sebagai seorang guru yang mengajar di pulau....ok c ya....

Monday, February 9, 2009
My First Table & Chairs
Assalamualaikum semua...minggu lepas zie dan husband belikan akif dan tiqa meja belajar. Punyalah diaorang seronok dapat meja & kerusi baru...mula2 zie nampak meja ni dlm internet, harga untuk sabah & sarawak rm199.90...tapi tak boleh nak beli secara online, punyala zie hampa, zie memang dah berkenan sangat...lepas kerja tengah tunggu husband datang ambik, entah kenapa tergerak hati pula nak pergi tengok2 kat kedai hadiah kat depan office ni, tak sempat nak tanya je, zie dah nampak sama macam yang zie jumpa kat internet...zie punyalah seronok rupanya ada kat kedai ni pula...zie pun tanyala tokey tu, dia jual kat zie rm160 offer price. Zie tunggu husband dulu nak minta pendapat dia kalau ok, lepas husband tengok je apa lagi angkutla anak punya pasal... yang bestnya tu dalam dia ada 1 meja dan 2 kerusi, jadi tak berebutla, sesuaila utk anak mama dan papa 2 orang ni...
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)