Tuesday, November 25, 2008

Balik Kampung Part 2

Antara aktiviti masa balik kampung...ambik buah rambutan...sekarang ni musim rambutan, mama dan papa tolong makcik Diah pergi kait buah rambutan, hah tengok tu papa tengah kait dan mama pula tolong kutip....penatnya lah dahla panas...banyak semut api pula tu....apa boleh buat nak makan punya pasal...

Makcik Diah dan adik sepupu, sama2 tolong kutip buah rambutan ni.

Hah nilah hasilnya....sampai dapat 3 plastik besar tu....



Balik Kampung Part 1


Sempat ambik gambar dulu sebelum nak jalan balik ke Semporna...Tapi tiqa mana???

Sebelum ni tiqa menangis, sebab tak sempat ambik gambar ramai2, bila dah ambik gambar tengok tangan tiqa tu.. Peace!!! hehehe.....
Sampai je kat Semporna, singgah dulu makan aiskrim dan ABC Special....akif dan pakcik mamat nampak mcm kembar tp nilah pakcik dia, adik mama yang bongsu...sedap pulak tgk diaorg makan seleranye...
Tiqa ni suka main2 je bila makan aiskrim...
Ini Ira sepupu belah mama
Ini pula kak Iqa

Sabtu lepas, kitaorg balik kampung, cuti hujung minggu, maklumla minggu lepas sibuk sangat...jadi minggu ni balik la ke kunak...time kat kunak pula nenek akif dan tiqa ni ajak pula balik semporna tapi kejap je...

Akif Gunting Rambut

Hari khamis yang lalu, akif gunting rambut, panjang dah rambut dia..biasanya papa bawa akif pergi saloon rambut...tapi mood papa bagus hari tu rajin pula gunting rambut akif time tu...mula2 akif excited nak gunting rambut lama2 rimas pulak, tidak tahan gatal...tiqa pula sibuk nak ambik gambar ngan abangnya..




Monday, November 17, 2008

Dua Hari Yang Menyibukkan

Pada hari sabtu dan ahad lepas, zie sibuk sangat sebab kakak ipar zie, kak murni sekeluarga datang ke lahad datu atas urusan kerja, sebab abang adli suaminya mendapat tawaran mengajar membuat laman web di lahad datu ni. Yalah zaman dah semakin maju, orang perlu memahirkan diri dalam bidang IT sekarang ni kalau tidak jauhla ketinggalan...Pada hari sabtu tu kira2 pukul 12 tengah hari, kak murni ambik zie kat rumah teman kan dia jalan2, kita orang pergila ke shopping complex Emporium Ramai2, sampai kat sana complex tu tengah sale gila2, setengah barang dijual dengan harga Rm10 sahaja, sampai kat tingkat 2, kita orang nampak seluar jeans dengan harga cuma rm10 sahaja...punyala teruja, zie beli 3 helai, kak murni beli 3 helai dan 1 helai untuk kakak ipar zie yang seorang lagi tu kak suraidah, siap pon pesan suruh belikan untuk dia 2 helai tapi takde saizla kak....walaupun seluar jeans tu takla berjenama mahal tapi yang penting seluar tu selesa di pakai.. tak guna juga beli seluar jeans mahal2 tapi tak selesa nak pakai, buang duit jer..betul tak..

Malam tu kita orang keluar makan, kawan abang adli yang belanja makan kat D'Amir's Cafe, kat cafe ni yang istimewa sangat adalah sup tulangnya...memang sedap giler...siap ambik gambar lg kat cafe tu memang cantik, pandai tuan punya cafe tu deko dia punya cafe, kitaorg tanya upah orang ke deko dia cakap dia yang deko sendiri...cuba tengok antara gambar yang zie ambik kat cafe dia ni cantik tak....









Akif Dan Tiqa Cuci Basikal



Petang jumaat lepas balik dari kerja, papa terus cuci kereta, kotor sangat sebab hari tu hujan. Mula2 papa jak yang cuci kereta dia, lepas tu akif dan tiqa pula nak cuci basikal diaorang, sibukla nak juga ikut cuci basikal, tunjuk rajin ke atau nak sangat main air kat luar....abang cuci basikal tiqa, tiqa pula cuci basikal abang...yang mama pula sibuk ambik gambar diaorang tengah cuci basikal...pandai anak mama, jaga kebersihan...


Thursday, November 13, 2008

Tiqa Baru Bangun Tido


Kemarin petang mama baru balik dari office, tiqa baru bangun tido, mama ketawa besar tengok gaya dan fesyen rambut dia...terus mama ambik gambar...tengokla anak mama seorang ni dengan rambut serabut dan pakai stokin panjang..inilah trend fesyen terkini dari tiqa...heheheh








Wednesday, November 12, 2008

Gambar Kenangan Di Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.


Nak tahu serba sedikit tentang Simpang Mengayau ni, boleh layari http://www.mysabah.com/tip-of-borneo/
Gambar Akif ni masa umur 2 tahun 3 bulan, akif menangis takut sebab angin kuat sangat masa ni.
Ni semuanya sepupu akif, masa ni tiqa masih umur 3 bulan...tiqa tinggal tak ikut.

Antara anggota keluarga yg pergi ke kudat, ni pun sebab sepupu khawin dengan orang kudat, sambil tu jalan2 ke simpang mengayau ni.






Koleksi Gambar Akif Dan Tiqa Semasa Kecil